Monday 16 July 2012

Kurma Nabi (Kurma Ajwa)


Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)



Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


 

KURMA YU-TA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahun ini IE-Mart Taman U membekalkan produk berkualiti edaran Yusuf Taiyoob yang menjadi kegemaran ramai terutamanya tatkala bulan Ramadhan yang mulia.

Hubungi segera untuk membuat tempahan produk pilihan anda sebelum kehabisan stok memandangkan permintaan produk amat menggalakkan berikutan Ramadhan al-Mubarak yang kian menghampiri.

Kami jual dengan harga yang sangat murah untuk anda semua.. 

                    KURMA SAFIA BERTANGKAI : RM13

                                 KURMA SAFINA: RM10

                            KURMA MADU YUTA: RM10
KHASIAT BUAH KURMA
1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.


3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

==========================================

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
 
 
  

Wednesday 9 May 2012

Khal - Cuka Kurma


Nabi suka cuka.

"Betul ke?"
"Berasid tu."

Tetapi Nabi amal bukan cuka biasa, namanya Khal, cuka kurma (dates cider).

Bersabda Rasulullah S.A.W.,

” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Kebaikan mengamalkan KHALL:
  1. Sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Masalah Jantung dan Buah Pinggang
  2. Baik untuk membuang/memotong Kolestrol dan Lemak dalam badan.
  3. Membaiki fungsi-fungsi saluran jantung dan buah pinggang.
  4. Menguatkan daya ingatan.
  5. Penambahan tenaga (Energy Booster) dan membantu mengatasi masalah kelesuan.
     
     
     
     
    Intipati produk yang terkandung dalam setiap produk terdiri daripada sumber yang suci dan antaranya menjadi sunnah Nabi dan disebut dalam Al-Quran sebagai penyembuh. Antaranya kurma, khal, kismis, madu dan habbatus sauda'. Selain daripada itu, kandungan terdiri daripada ekstrak buah prune, kolagen , manjakani dan lobata telah dibuat kajian secara saintifik membuktikan untuk kesihatan dan kecantikan jika diamalkan secara berterusan. 
     
    HARGA SETIAP SATU: RM45.00 sahaja
     
     
     

Monday 27 February 2012

Cheese Cake pelbagai perisa antaranya Blueberry Cheese Cake, Chocolate Cheeese Cake, Lemon Cheese Cake dan banyak lagi perisa yang lain..Sangat sedap dan harga sangat murah, dapatkan segera.   
Cheese cake : RM4.00 setiap satu











 

Saturday 18 February 2012

Kelebihan Susu Unta


 
Ini dia...Kelebihan Susu Unta





Tahukah Anda, bahwa susu unta jauh lebih bergizi bila dibandingkan dengan susu sapi. Sebab susu unta mengandung sedikit lemak dan kolesterol, dan kaya dengan zat besi, potassium, dan mineral. Hal tersebut tertuang dalam satu dokumen yang disajikan pada Konferensi Ke-5 Keselamatan Makanan Internasional di Dubai, yang terselenggara pada 22 – 25 Februari 2010 di Dubai International Convention and Exhibition Center.

Susu dari unta yang menjadi bagian penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab ini menjadi komponen makanan penting di Emirat dan negara lain Arab. Susu unta biasanya memiliki rasa manis dan tajam, namun terkadang susu itu terasa asin dan bahkan pada saat yang lain terasa berair.
Kualitas dari susu hewan yang jumlahnya sekitar 18 juta ekor di dunia ini, dipengaruhi oleh banyak hal, di antaranya, jumlah anak unta, usia hewan tersebut, kadar hewan itu menyusui anak, kualitas dan jumlah makanan, serta jumlah air yang tersedia.

Susu unta adalah sumber protein yang berlimpah dengan kegiatan perlindungan dan potensi anti-mikroba. Sebagian protein itu, tidak dapat ditemukan pada susu sapi, atau, ditemukan hanya sedikit. Susu unta tidak perlu dimasak hingga mendidih layaknya susu kambing atau sapi sebelum dionsumsi. Susu unta yang kaya akan rasa ini, sebaiknya diminum secara perlahan, untuk memungkinkan perut mencernanya.

Sebuah studi menunjukkan, bahwa kandungan lemak per unit susu unta adalah 1,8 % - 3,8 %. Vitamin C dan Niacin yang terkandung lebih tinggi pada susu unta dibanding susu sapi. Namun, susu unta berisi lebih sedikit Vitamin A, B2, Folic Acid, dan Panthontenic Acid.

Pengkonsumsian susu unta mentah – mentah, atau tidak dimasak terlebih dahulu, dapat mengakibatkan terkena bakteri brucellosis. Bateri ini menular ke manusia melalui produk susu yang tidak diolah terlebih dahulu. Kontak langsung dengan hewan yang terinfeksi dan pencemaran lingkungan melalui darah hewan itu dan jaringan yang terinfeksi juga dapat mengakibatkan brucellosis.

Kelebihan lain dari susu unta adalah memiliki umur yang lebih lama dibandingkan dengan jenis susu lain, sebab, adanya beberapa susunan khusus dan kuat. Nilai Lactoferrin dan Immunoglobulin diperkirakan agak lebih tinggi pada susu unta dibandingkan dengan yang dilaporkan pada susu sapi.

Tags : Susu Unta Lebih Bergizi Dibandingkan Susu Sapi - Rahasia Susu Onta - Khasiat Susu Unta - Kandungan Gizi Susu Unta Kalahkan Susu Sapi

Thursday 19 January 2012


Tujuh (7) Kebaikan
- Menaikkan seri wajah.
- Menyerlahkan sifat yakin diri dan bersemangat tinggi.
- Memberi rasa selesa untuk didekati dan didampingi.
- Memberi gaya penampilan tersendiri.
- Membantu mengekalkan mood positif.
- Meningkatkan tahap pemikiran kreatif dan kritis.
- Membantu dalam aspek ketenangan luar dan dalam manusia.


Tujuh (7) Kebaikan
- Membantu untuk memberikan rasa ketenangan dan membangkitkan mood positif
- Memberikan tenaga yang optimum
- Meningkatkan keyakinan diri
- Memberikan rasa kenyang berpanjangan
- Melancarkan sistem penghadaman
- Mengurangkan rasa letih dan mengantuk.
- Mengimbangi berat badan.























JUS TOK GURU
KEISTIMEWAAN JUS TOK GURU
 
Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang disebut didalam Al-Quran dan Hadith.
Antaranya ialah Delima, Kismis, Kurma, Habbatus Sauda, Za'faran, Madu dan Zaitun.
Khasiat Jus Tok Guru:-
  • Memelihara kesihatan tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah kesihatan
  • Merangsang dan meningkatkan kecerdasan otak
  • Mencegah rasa mengantuk dan keletihan.
Jus Tok Guru adalah produk keluaran bumiputer Islam dan dijamin HALAL
 Harga : RM 20.00 / 180ml

KISMIS TOK GURU


Kismis Tok Guru ini telah diperbuat daripada kismis yang bermutu tinggi dan terpilih yang diimport khas dari negara Iran. Kismis ini mengandungi vitamin A dan C, Kalsium, Fiber, Sodium, Protein, Potassium, dan Glicose.
Khasiat Kismis Tok Guru:-

Menghilangkan penyakit lupa, menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata dan menghilangkan balgham.
Ini adalah keluaran produk muslim dan Halal.
Harga : RM 10.00



































Coklat Minda
Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.

COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
Khasiat Dan Kebaikan
  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda


Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

Gotu Kola (Pegaga)

Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

Kacang Soya

Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).


Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000). 

Chocolagen
Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Kolagen Marin adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan kolagen tambahan tubuh manusia. Gabungan kolagen marin + vitamin C + vitamin E membawa faedah-faedah berikut :

*Menambah-baikkan keadaan kulit
*Meningtkatkan ketegangan dan kekenyalan kulit
*Mengurangkan kedutan dan garis halus
*Mengekalkan kelembapan kulit
*Mengurangkan kedutan dan garis halus
*Mengekalkan kelembapan kulit
*Membantu penyembuhan luka dan mengurangkan parut
*Memberi kesan anti penuaan
*Meningkatkan penghasilan kolagen
*Mencantikkan dan mencerahkan kulit
*Mencantikkan bentuk badan
*Kelihatan lebih muda

Wednesday 18 January 2012



Perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme adalah tergolong dalam perubatan alternatif. Perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mujarab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa yang membezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional yang rata - rata manusia sudah mengenalinya. Walaupun perubatan konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak bermaksud ia lebih baik dan sempurna.


   HARGA : SEM RM 30.00
Istimewa untuk mengatasi demam, selsema, sakit kepala dan sakit - sakit lain . Masyarakat sudah biasa dengan pelbagai sediaan berasaskan Paracetamol sebagai ubat demam dan sakit-sakit. Biapun berkesan namun ia membawa bahaya yang tidak kita sedari iaitu kesan sampingan atau kesan mudarat ubat (adverse drug reaction) Menurut kajian di Singapura antara kesan sampingan Paracetamol ialah penyakit kuning, gangguan hati (hepar) dan masalah jantung(fatal mycordial necrosis). Sekarang sudah ada Alpan, satu-satunya sediaan Homeopati sebagai alternatif ubat tersebut.                              

 2. Examo CKM 500 & Examo CKM 500 Plus

HARGA SEM :
Examo CKM 500        : RM 56.00

Examo CKM 500 Plus : RM 28.00

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja
Examo CKM 500 PLus Membantu melekaskan tindakan EXAMO CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik  EXAMO CKM 500. Sama peranannya seperti pemangkin.

3. Mat Sa
      HARGA : SEM RM 45.00
 
Kecerdasan minda.khusus untuk meningkatkan pemahaman dalam matematik dan sains

4. Asmakur Tab


HARGA : SEM RM 30.00

Asmakur Tabs adalah ubat yang dirumus daripada remedi Homeopati untuk mengatasi masalah asma(lelah), semput, kesulitan bernafas, kelendiran (balgham) sistem pernafasan dengan simptom - simptom nafas tohor, cepat, semput, nafas bunyi mendesis, menciut atau besiul, melarat waktu malam dan berbaring, gelema dan kahak banyak, loya dan muntah, muka pucat, lidah berselaput putih. Melokakan kahak dan meringankan batuk.

Asmakur Tabs adalah lebih berkesan jika digunakan bersama Asmakur dan bolehlah dianggap sebagai produk tambahan kepada Asmakur untuk melekaskan proses kesembuhan daripada gangguan lelah atau asma.
Asmakur Tabs adalah lebih berkesan jika digunakan bersama Asmakur dan bolehlah dianggap sebagai produk tambahan kepada Asmakur untuk melekaskan proses kesembuhan daripada gangguan lelah atau asma. 

5. Asmakur Syrup

HARGA : SEM RM 30.00
Kanak-kanak (lebih dari 1 tahun): 1 sudu teh
Dewasa: 1-2 sudu besar
Ambil 3-4 kali sehari bila datang serangan

Diperbuat daripada beberpa jenis herba dan rempah-rempah dengan perisa strawberi sesuai untuk seisi keluarga.

Keistimewaan melegakan sistem pernafasan, melokah kahak, menghilangkan keradangan, meredakan batuk dan kerengsaan tekak, melonggarkan pernafasan dan kesesakan dada.

5. Teh Tarik Tudya

HARGA : SEM RM 30.00 
 Keterangan Produk:

Teh tarik Tudya mengandungi khasiat tambahan dari herba-herba terpilih seperti halia,serai,ketumbar, pulosari
dan habbatus sawda' untuk kesihatan anda. Teh tarik Tudya disediakan melalui proses ekstraksi teh gred A.



6. Susu Gastro Lac

HARGA : SEM RM 25.00
GASTRO-LAC dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi. GASTRO-LAC mengandungi prebiotik dan garam tisu biokimia untuk membantu sistem penghadaman.
Gastritis atau radang gaster (gastric) menerbitkan simptom seperti rasa pedih nyeri di hulu hati, mual, muntah-muntah, cirit-birit, kembung dan cepat kenyang selepas makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.


7. ChocenWrapper Choco Latte 500g 

       HARGA : SEM RM 12.30


















 

 

8. Set Lengkap Salindah


HARGA : SEM RM380.00
SEBELUM BERSALIN

B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.
SELEPAS BERSALIN
L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.
L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.
L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
L 10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga
 


Produk Rahsia Alam

1.       Gel Rambut – [RM7.90]
2.       Ubat Gigi – [RM5.50]
3.       Sabun Anti Bakteria – [RM3.90]
4.       Sabun Mandian Wangi – [RM4.50]
5.       Bedak Talkum Wangi – [RM4.90]
6.       Sanitizer (Pembersih Tangan) – [RM3.90]

 

        KENAPA RAHSIA ALAM?                                                         


Tidak seperti produk lain yang hanya menggunakan logo halal, RAHSIA ALAM berbeza dan unik dengan keistimewaan nya :
  • Produk RAHSIA ALAM dimilik dan diusahakan sepenuhnya oleh orang Islam, khas untuk Muslimin dan Muslimat.
  • Setiap jenis produk RAHSIA ALAM  hanya dihasilkan setelah  mendapat  nasihat pengawasan daripada  Panel Syarak syarikat.
  • Produk RAHSIA ALAM hanya diproses oleh tenagakerja yang semuanya berugama Islam agar setiap produk RAHSIA ALAM  terjamin kebersihannya  tanpa sebarang pencemaran.
  • Setiap proses Produk RAHSIA ALAM dimulakan dengan doa dan seterusnya disalawatkan.
  • Setiap  produk RAHSIA ALAM mengandungi Air Zam-Zam yang tidak disangkal keberkatan dan khasiatnya.   Dengan izinNYA, setiap pengguna mendapat rahmat setiap kali menggunakan produk RAHSIA ALAM.
  • Hanya  bahan yang bermutu tinggi dan wangian yang unggul  digunakan dalam produk RAHSIA ALAM.
Penampilan produk RAHSIA ALAM  dalam pembungkusan yang setaraf dan setanding dengan produk keluaran antarabangsa, memenuhi  citarasa pengguna Islam yang kian mantap. 
RAHSIA ALAM telah mengambil langkah membekalkan produk-produk untuk pasaran Islam yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah dengan pembungkusan yang membanggakan pembeli.
Langkah ini secara langsung menaikkan taraf produk Islam ke peringkat setanding, malah lebih canggih daripada banyak lagi barangan keluaran syarikat asing yang bukan Islam, yang sekian lama menguasai  pasaran Islam.   Dengan adanya produk RAHSIA ALAM, pengguna Islam tidak perlu lagi mengkompromi kesucian barangan kegunaan harian mereka atas alasan penampilan produk yang sedia ada tidak memenuhi citarasa masakini.

        KENAPA "UNTUK KEBAIKAN UMMAH"?                                     


Oleh kerana RAHSIA ALAM dibuat khas untuk muslimin dan muslimat, dan dihasilkan “Untuk Kebaikan Ummah”, maka dengan penggunaannya serta sokongan 
juga 
dari sekalian ummah yang membeli, ianya dapat secara langsung dan tidak langsung menjana kesejahteraan ummah sejagat.   Ini terbukti kerana kami di RAHSIA ALAM sentiasa mengerjakan amal dan kebajikan di merata negara tahun demi tahun.


RAHSIA ALAM Untuk Kebaikan Ummah” dimiliki, diusaha, dan dibuat khas untuk muslimin dan muslimat.