Pengenalan



ASSALAMUALAIKUM..

AZ-ZAHRA Taman Universiti merupakan sebuah kedai serbaneka yang menjual produk-produk keluaran usahawan bumiputera muslim dan insyaAllah semua produk yang kami jual adalah Halalan Toyyiban..Alhamdulillah, AZ-ZAHRA Taman Universiti telah mula beroperasi sejak 14 Oktober 2011. Antara produk-produk yang terdapat di AZ-ZAHRA Taman Universiti ialah barangan runcit, produk kesihatan dan produk sejuk beku.









                                                               


Perjuangan dalam makanan halal bukan lagi kekal sebagai Fardhu Kifayah malah ianya sekarang sudah menjadi Fardhu Ain. Hampir 80% makanan harian umat Islam adalah dari sumber yang diragui status Halalan Toyibban. Jika ianya perancangan Musuh Islam untuk melemahkan Iman Umat Islam, maka marilah kita berjihad sehabis habisnya dalam Jihad Makanan Halal.
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya : “ Makanan itu bentuk syaksiah insaniah.
(Maka tidak hairanlah kita dengan keruntuhan akhlak dan moral umat Islam yang sangat teruk pada masa kini)
Saya mengajak semua Umat Islam untuk berjuang sungguh sungguh dalam peperangan Makanan Halal baik dalam kapasiti sebagai peniaga, pengedar dan juga pengguna.
Janganlah teman teman memandang remeh perjuangan Makanan Halal dan jangan juga teman teman berputus asa dengan pelbagai dugaan dalam perjuangan ini, Marilah kita hayati Nas Al-Quran dan Hadis berikut
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu). Padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang-orang yang (sungguh sungguh) beriman
(Surah Ali” Imran Ayat: 139)