KHASIAT BUAH KURMA
1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah
Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi,
Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan
memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu
diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana
mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang
boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20
FEBRUARI, 2001)
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah
kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan
“Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh
semua kuman di dalam badannya”.
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi,
kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia
memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda
kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma
itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang
masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan
pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah
s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau
mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana
kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak
yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”.
Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar
anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci
serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma
merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang
hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya
kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan
meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah
menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting
pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya
memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.
==========================================
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma)
atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang
berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan
Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan
penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah
dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang
digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu
dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan
utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah
yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim
bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji
tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada
hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang
tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang
dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai
jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat
yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh
Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam
sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)
Ayat di
atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya
sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian
sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan
kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung
di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim
masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah
perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik
daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah
yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat
di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk
susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka
dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya
juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan
darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan
bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan
disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa
dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya
tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa
hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata
: “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan
barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan
air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya
: Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun
(dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah
kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma
kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan
kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma
adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka
khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan
kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan
dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu
Wata’ala.